Monday

CEREBRAL PALSY


“CEREBRAL” ialah OTAK
“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”

Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

Sebelum Kelahiran

Jangkitan dalam rahim
Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

Semasa Proses Kelahiran

Kelahiran tidak cukup bulan
Kecederaan semasa lahir
Lemas semasa lahir
Jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)

Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
Jaundis yang teruk (kemicterus)
Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.

Punca-punca :

Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
Perkembangan otak yang tidak normal.
Rembesan (intraeraneal bleeding).
Demam kuning.
Terhentak / terhempas / kejutan.
Serangan kuman / penyakit.
Tanda-tanda :
Bayi kelihatan lembik
Lewat perkembangan
Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
Masalah menyusu
Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
Sembelit
Cepat marah

Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy

Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

0 – 10 bulan

Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan

Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 – 3 tahun

1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.

8 tahun

-Belum boleh bercakap

Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :

- Rencatan akal (kurang kecerdasan)
- Kerencatan pertuturan
- Rencatan penglihatan
- Rencatan pendengaran
- Sawan (epilepsy)
- Kecacatan anggota
- Kecacatan gigi
- Masalah mengenai pernafasan
- Masalah mangenai pemakanan
- masalah untuk buang air besar atau kecil.

Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)

Spastic – Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.

Athetoid – Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.

Atxia – Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.

Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.

Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.
Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.

Basal Ganglia

Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.

Serebelum

Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.

Mengesan Kanak-kanak Spastik.

Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :

Kesukaran sewaktu makan

Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.

Masalah pernafasan

Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.

Masalah tidur.

Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

Masalah pertuturan.

Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.

Masalah pendengaran.

Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.

Masalah penglihatan.

Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

Reaksi yang tidak normal

Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).

Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.

Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

AUTISME

Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri. Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal. Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.

Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.

Ciri-ciri kanak-kanak autisme ialah:

a) Tidak mampu bersosial

· Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:

1. Tidak menghiraukan orang lain.
2. Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
3. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
4. Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).
5. Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.
6. Lebih suka bermain sendiri.
7. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi

· Lambat bercakap.
· Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
· Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
· Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
· Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).
· Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.
· Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang dewasa.

c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan

· Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.
· Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.
· Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.
· Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.
· Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
· Tidak boleh duduk diam.
· Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa

d. Masalah tingkah laku

· Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.

· Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.

· Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.

· Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati.

Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. “Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan,” kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.

Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.

Panduan membentuk hubungan sosial

Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan, mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah lagi.

Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh menjemput kawan datang ke rumah. Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka menjadi mangsa buli.

“Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa tertekan dan mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak dan lebih susah berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima sebagai kawan.

“Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis permainan yang dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda boleh bermain dengan anak. Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran dan berinteraksi.

“Kaedah lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme ada masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah,” katanya.

Pada masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan kritik jika anak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah atau betul.

Sebaliknya, galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau carta markah bersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha berkawan, terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun).

Sebagai ibu bapa, anda juga perlu menjadi ‘model’ dan kawan kepada anak, terutama apabila mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak autisme mula ada minat sama dengan rakan sebaya.

Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak autisme ‘sangat jujur’ dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.

Pada umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan televisyen seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang terhadap diri mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina.

“Kanak-kanak autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. Mereka masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan pencapaian akademik juga lemah.

“Walaupun mula pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti berkumpulan serta membuat sistem mentor,” katanya.

Perlu diingat, bukan semua anak autisme ada masalah pembelajaran. Ada yang cerdas otaknya seperti kanak-kanak yang alami Sindrom Asperger. Bagi yang tidak berjaya dalam hubungan sosial, pencapaian akademik menjadi agenda penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak autisme.

Corak pemikiran dan pembelajaran mereka berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka ada kemahiran memahami logik, dapat mengingat sesuatu secara terperinci dan boleh menyusun fakta secara sistematik.

Masalah sering dihadapi golongan ini ialah pencapaian akademik tidak konsisten kerana mereka mengalami kesukaran memanipulasi minda, terutama dalam perkara yang perlukan penumpuan fikiran.

Kanak-kanak Sindrom Asperger bijak bercakap dan pandai memberi alasan. Kemahiran ini bertambah jika mereka rajin membaca dan sifat ini membolehkan mereka bersembang panjang dari satu topik ke topik lain.

Bagaimanapun, kata Underwood, kira-kira 75 peratus kanak-kanak Sindrom Asperger juga mengalami Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Jadi mereka susah untuk menumpukan perhatian, mudah terganggu dan sukar mengingat fakta penting.

Yang boleh dilakukan ibu bapa ialah menggaris atau menandakan maklumat penting, memberi tugasan pendek (atau pecahkan satu tugasan kepada beberapa bahagian untuk membentuk sifat tanggungjawab), sentiasa memantau perkembangan anak dan memberi maklum balas secara aktif bagi mengekalkan daya tumpuan anak.

“Mereka juga cepat lupa apa yang dipesan guru di sekolah. Bagi guru yang ada murid autisme, minta pelajar tulis pesanan atau buat senarai kerja rumah. Ibu bapa juga boleh bekalkan anak dengan kaset rakaman atau buku nota khas untuk mencatat pesanan. Kaedah ini boleh membantu pengurusan dan pembelajaran anak autisme.

“Apabila semakin besar, kebanyakannya bimbang melakukan kesalahan kerana tidak mahu diejek atau ditertawakan rakan sebaya. Mereka perlu diajar menerima kesalahan dan jika mereka melakukannya, ia perlu diberitahu secara lisan dan ajar cara betul membuat sesuatu perkara.

“Anak autisme juga cepat berasa panik dan resah. Beritahu mereka bertenang adalah langkah bijak. Lebih cepat mereka bertenang, lebih mudah sesuatu masalah dapat diselesaikan.

“Mempunyai anak autisme memang cabaran besar tetapi mereka boleh menikmati kehidupan sebaik orang normal dengan sokongan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Paling penting, ibu bapa jangan berputus asa dan sentiasa berdoa untuk kebaikan anak,” katanya.”

Wednesday